Selasa, 18 November 2014

Kegiatan Akhir Semester 1 Tahun Pelajaran 2014/2015

           Di akhir kegiatan PBM semester 1 tahun pelajaran 2014/2015  akan dilaksanakan Ulangan Akhir Semester  ( UAS ), sebagai acuan agar belajar lebih fokus menghadapai UAS 1 kususnya mata pelajaran kimia di kabupaten Boyolali bisa digunakan kisi-kisi sebagai berikut ; Klas XKlas XI Klas XII
Untuk tambahan pengetahuan , bacalah artikel berikut :
          Penilaian  amat penting kerana ia dapat menilai perkembangan kognitif intelektual, emosi, bahasa dan komunikasi dan tingkah laku sesseorang kanak-kanak. Penilaian ini mencakupi penilaian pengesanan,pengesanan diagnostic, penilaian perkembangan,penilaian  pencapaian dan penilaian psikologi.  Penilaian ini boleh dilakukan kepada seseorang kanak-kanak sejak mereka lahir hingga ke akhir hayat Penilaian boleh dilakukan mengikut langkah demi langkah. 
            Langkah pertama ialah menjalankan penilaian pengesanan.  Penilaian pengesanan yang dilakukan membolehkan simpton-simpton awal dapat dikenalpasti.  Hal ini membolehkan ibubapa dan guru membawa kanak-kanak tersebut berjumpa pakar seperti dooktor, pakar psikologi, pakar terapi, pakar psikiatri dan lain-lain.  Ini bertujuan supaya penilaian diagnostik boleh dilakukan keatas kanak-kanak tersebut. 
         Penilaian diagnostik amat penting kerana ia dapat membantu ibubapa dan guru untuk mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak dengan tepat. Apabila penilaian diagnostik ini dilakukan  kanak-kanak tersebut akan dilabel mengikut ketidakupayaan.  Hal ini membolehkan langkah yang lebih khusus boleh diambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.
           Selepas melakukan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan akan dilakukan bagi mengetahui tahap perkembangan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dilihat melalui perubahan yang berlaku keatas kanak-kanak mengikut usia mereka.  Selain itu tahap perkembangan yang berlaku pada seseorang kanak-kanak  juga diukur melalui pencapaian. 
         Oleh itu penilaian pencapaian akan dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan seseorang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah terutama kanak-kanak berkeperluan khas penilaian psikologi  akan dilakukan. Penilaian psikologi bertujuan untuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi,tingkah laku dan mental mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar